Exam exam exam

Hye .. Korang apa khabar? Sehat? Dah lama tak update blog . Bersawang dah blog ni agaknya :3 Hehe . Minggu ni , ain ada final exam . Tinggal empat hari je lagi . Lepastu cuti . Tak sabarnya nak cuti . Boleh tidur lewat . Hehe . Ain tak jawab kertas sej dengan khb . Sebab tak datang . Mesti dapat kosong nanti . Hm lantaklah . Ain nak study sebenarnya . Tapi bila dah dapat lappy , tak jadi study . Alah takpelah , malam karang kan boleh study . ehh ? Dah malam dah ni :p hoho takpe takpe . Lepas update blog ni , ain study k ? Cuti sebulan nanti korang pergi mana? Mesti ada yang balik kampung , melancong atau pergi ikut mak shopping . Untung lah . Ain cuti ni insyaALLAH kalau jadi , ain pergi korea dengan mama ain . Idk korea atau paris . Tapi antara dua tempat tu lah . 
                                                                                 

                     Okey okey . Berbalik pada tajuk kita . haih . Ain tak buat sebarang persiapan pun untuk final exam ni . Tuptuptup , dah final exam . Ain tak ready . Tapi nak buat macam mana , lambat buat persiapan . Asyik main je keje . Itu baru final exam . PBS ? haih banyak yang tinggal . Dah lah semua mata pelajaran pulak tu . Lagi lagi math , sejarah dengan geo . Cikgu semua nak cepat . Sabar lah sikit . Tangan kiteorang bukannya robot boleh tulis laju laju . Dah lah tak boleh tengok buku . Kalau tengok buku pun kadang-ii je . Ni lah mangsa mangsa PBS . Masuk je form 3 dah kena focus . Tak boleh main main . Walaupun kiteorang takda PMR , tapi kiteorang ada PBSMR . Nasib baik 4 subjek teras je . Kalau semua , mahu gila dengan pbs nya lagi . Haih . Membunuh . Cadang nak naik kelas tahun depan . Final exam ni kena dapat result bagus lah . Kalau tak , kena turun kelas or stay kelas . Hope tak turun kelas yang bawah-ii sangat . Kalau turun 1 kelas takpe lah jugak . Stay pun takpe . Apa apa pun , doakan ain eh untuk final exam ni . Ain pun akan sentiasa doakan kawan-ii ain untuk final exam ni . Hwaiting ! Hehe . kbye 
                                                                                    

Ahmad Ashraf

Ahmad Ashraf ? Siapa tu ? Haa nak tahu tak ? Ahmad ni crush ain tau . Ain suka sangat dekat ahmad . Nak tahu kenapa ? Bila dia senyum kan , dia nampak comel. Hati ain pun terus cair bila tengok dia senyum . Auww auww . Haha . Ahmad ni tinggi tau . Tapi ain pendek . Kalau ain berdiri sebelah dia , memang jauh beza ketinggian ain dengan dia . Almaklumlah , ain kan kurang calcium. Hikhik *tutupmuka*
Masa form 1 , ain dengan ahmad satu kelas . Tapi ain tak rapat dengan ahmad . Dulu ain suka sangat kutuk ahmad. Ahmad pun suka kutuk ain.Tapi tu waktu form 1 . Form 2 kiteorang dah kawan macam biasa . Ahmad rapat dengan ain sejak 5/7/2013. Time tu ahmad tweet dekat ain. Ahmad kata "
Ain senang dapat bf.susah nak lpas kan laki tu. kenapa lah susah nak carik perempuan macam dia #hopefull" haha . tak susah pun ahmad nak cari perempuan macam tu. hanya berikan dia sepenuh kasih sayang . Gerenti dia takkan lepaskan ahmad. Haha sumpah ain terkejut gila bila ahmad tweet macam tu. Tiba-ii ain mula jatuh hati dengan ahmad. Ain tak tahu kenapa. Dah lama tu , ain mulalah sebok amik tahu pasal ahmad. Tiba tiba , ahmad kata ahmad ada crush . Ain pun terkejut. Sumpah sakit hati time tu. Ain pun buat donno jelah. Ain dm ahmad. Ain tanya , siapa crush ahmad ? Pastu ahmad nak berahsia dengan ain . Haha ain paksa ahmad suruh bagitahu. Tapi ahmad taknak jugak bagitahu. Bila ain terus memaksa , ahmad pun bagitahu nama crush ahmad. Tak silap ain nama crush ahmad Nur Ain Hidayah kan ? bila ain mintak nama twitter atau fb ahmad tak bagi. Ahmad kata dia takda twitter dengan fb. Ahmad text je dengan dia. Cehh -,- macam mana ahmad boleh dapat no dia. Pastu ahmad kata dia budak sabah . Pembongakk gilaa. Haha

Keesokkan harinya , ain tanya pendapat syikin , aisyah dengan aida . Ain tanya diorang "kalau aku suka and nak couple dengan ahmad boleh?" diorang pun kata okey. Macam-ii ain tanya . Macam penyiasat detective conan pulak :3 bila semua dah kata okey , ain pun okeylah. Tunggu masa nak luahkan perasaan je. Tapi ain takutt nak luahkan. Ain hanya berdiam diri. Bodoh kan ain ? Haha

Sepuluh hari lepastu (15/7/2013) , bila ain tweet "A for ... *secret*" ahmad pun mula lah tanya , siapa A tu ? haha . ain pun rahsiakan dari ahmad. Bila ahmad dah memaksa , ain malas nak sorokkan dari ahmad. Ain pun mengaku jelah yang "A" tu adalah ahmad. Ahmad pun macam percaya tak percaya je kan ? Lepastu , ahmad pun mengaku yang Ain crush ahmad. Haha macam bangang pun ada. Nak tipu tak jadi. Malam tu , kita dm dm dm dan terus dm . Dan malam tu jugak ahmad melamar ain dekat dm . haha tepat pukul 12.00 malam ain terima ahmad. Maknanya , 16/6/2013 , ahmad dah jadi milik ain. Dan ain dah jadi milik ahmad . Yehaaa ! Happy gilaa ah time tu . Happy gila-ii babeng. Harini, masuk 1 bulan 12 hari kita couple. Hope kita kekal eh yayang ? HEE .


Sepanjang hubungan kita ni, ain tak pernah bosan dengan ahmad. Tapi , masa hari ketiga kita couple , ain ada niat nak curang dengan ahmad. Tapi , ain tak sampai hati nak duakan ahmad. Ain pun cuba setia dengan ahmad. Lama kelamaan , ain dah mula sayangkan ahmad. Ain taknak kehilangan ahmad. Ahmad selalu buat ain happy dengan gelagat comel ahmad tu. Ain tak tahu ahmad ni manja orangnya. Omeyy je :* Yang paling penting , ahmad ni kuat merajuk ! Ain buat dia jeles sikit pun dia dah merajuk . Comel je kan ? Eiii geramm nyaa ain bila dia merajuk . COMEL ! haha . Tu je kott . Panjang sangat dah ain tulis . HAHA KBYE ! ILoveYou Ahmad Ashraf. MMMMMMMMUUUUUUUAAAAAAAHHHHHHHHHH ! :*

Happy Birthday Nurul Asyikin Binti Rosazali .

HYE ~ Lama dah tak bukak blog . Btw , Selamat Berpuasa . Harini , masuk 8 hari dah kita berpuasa . Hah!  ain nak bagitahu something ni ! Esok kan , kan kan kan , birthday kawan baik ain , Syikin . Dia ni tak sabar-ii nak celebrate birthday dia . haha so , tunggu lah esok eh yayang ? Kita celebrate sama sama time buka puasa . Esok , kiteorang nak pergi buka puasa dekat kfc . Yang pergi ain , aisyah , iman tak tahu lagi , ayu , aida dengan khairun . Syikin mesti tak sabar nak tunggu esok . Haha almaklumlah , birthday girl kan ? sama ah macam ain . Tapi birthday ain dah lepas :) Hikhik . Mesti syikin dapat banyak hadiah . Terutamanya daripada haziq kesayangan dia . Untung ahh kan . Ain dulu pun dapat . Tapi dari crush je :3 haha crush pun jadilah . Haha nak tahu tak satu sebab kenapa ain sayang syikin ? sebab syikin ni manja . Lagi satu , syikin tak payah la takut dengan ain :3 ain bukan makan orang pun . haha . Ain suka ganggu syikin dalam kelas . hari-ii ain mesti ganggu dia. Dia kalau tak gelak sehari dengan lawak bodoh ain , memang tak sah . Hikhik .
Apa apa pun ,. Aku selalu doakan kebahagiaan kau . Semoga kau kekal dengan Haziq sampai lah ke jinjang pelamin . Lagi satu , jangan asyik bercinta je . Belajar rajin-ii . Jadi budak pandai . Berbakti kepada ibu bapa . Jangan lupa aku dengan kawan-ii yang lain bila kau dah berjaya nanti . Kiteorang semua sayang kau . Aku dah anggap kau dengan kawan-ii yang lain macam adik beradik aku sendiri . Susah senang kita bersama . Walaupun lain mak lain ayah . Aku sayang kau syikin . Bila aku dah takda nanti, tolong jaga diri kau . Aku harap kita akan tetap kawan selama lamanya . ILoveYou Nurul Asyikin Binti Rosazali dan SELAMAT HARI JADI YANG KE-14 . Semoga kau sentiasa dilindungi Allah dan hidup berkati :') 
Nah cake . Ikhlas dari chipmunk . Comel macam aku an chipmunk tu ? >.<


Happy Birthday Laling .
ILoveYou So Much More than You Know :*

hari sukan .

hey hey hey ! HEEE . Sory , harini terlebih excited pulak . Tah kenapa tah --' Okey lupakan . Harinikan , sekolah ain ada sukan tahunan. Tapi ain tak masuk pun . haha. Tadi ain datang cuma lepak-lepak je and ... nak tengok ahmad lari . Haha menggedik jap . Alah , sekali sekala nak tengok bf kita lari . Kan kan kan ? :D Tadi ain lepak dengan aisyah , syikin , khairun , iman , aida , najah , zarif , abang irfan , haziq and ramai lagi lah !  Best ohh . Ahmad takda . Sebab dia masuk acara . Almaklumlah , atlet . haha tapi lantak dialah nak masuk apa apa pun . sibuk je ain ni kan ? :b . haha . Ahmad rumah sukan delima (merah) . Ain baiduri (kuning) . eh , cerita pasal ahmad pulakk --' .
*BEREHAT SEBENTAR BERSAMA KITKAT* :b
 Okey berbalik balik kepada kawan-kawan ain tadi . Kiteorang duduk jelah dekat astaka . Tengok diorang lari . Dengan panas teriknya lagi . Radio dah la kuat . Pekak telinga kalau boleh :3 tapi syokk ohh tengok diorang lari . Macam macam riak muka ada . Tergelak-gelak kiteorang tengok . Kebetulan , ain jumpa dengan abang angkat ain . Abang irfan . So , kiteorang lepak ah sesama . Abang irfan kuat melatah ohh . Comel je dia melatah . Nak tahu tak ? Tadi an , syikin dengan haziq 24 jam berkepit . Tahulah sweet couple . Jelly kita tauu :'( Sweet je syikin dengan haziq . Nak ajak ahmad lepak , tapi dia masuk acara . Tapi takpelah .
*BERHENTI KEJAP*
Okey sambung balik . Tadi kesian khairun . Asyik kaki dia kena pijak je :3 kesian kesian kesian . Aku dekat astaka asyik perhatikan ahmad . Takda benda lain dah aku nak perhatikan . Comel je dia lari tadi . Kalah Jong Kook .   Haha . Dah la dia berjemur . Makin rentung agaknya :3 Okey *mohonditampar* :b . Okeylah . Byebye . Ops . Lupa nak bagitahu siapa juara tahun ni . Tahun ni juara rumah Zamrud(hijau). No 2,3,4 tak tahu . Sebab balik awal . So , tak tahu keputusan . Apa apa pun , ain tetap sokong baiduri . GOGO BAIDURI YEAH ! Okeylah ! Bye  ! 

Sayang Ikka Athilia a.k.a Peah .

Hye :)Apa cerita ? Korang sehat ? Oh . Hmm , harini an , ain nak cerita pasal someone . Dia ni rapat dengan ain tau . Kiteorang dah sebulan kot kenal . But , dia muda setahun dari ain . Dia form 1 . Satu sekolah dengan ain . But dia sesi petang , ain sesi pagi . SO , jarang jumpa . Nama dia Ikka Athilia binti Zulkefli . Ain gelar dia Ikka ataupun peah . Haha . Dia pulak gelar ain jemah . Jahat an ? haha takpelah .

Kiteorang kenal dekat twitter . Kiteorang mula rapat pun dekat twitter . Hahaha so , twitter lah penghubung kami berdua . HEE . Cinta laman twitter . Hehe. Ikka ni comel tau *mohon jangan kembang* . And dia ni tinggi lagi daripada ain . Tapi sikit jelah . Sikit je :p . Kiteorang ni ada persamaan . Dua-dua minat KPOP . hah ?? Kpop ? Untunglah . Haha . Dia dulu ada hati dengan G-Dragon , tapi malangnya G-Dragon dah kawin dengan ain . Tapi sekarang dah cerai *perasan kejap* Now , dia minat Zeloo . WUUU , hansemlah jugak . Tapi tak sehensem Kim Jong Kook , Sung Jae , Ilhoon dengan Minhyuk ain . Huahuahua . Jangan marah eh peah ? Jemah gurau je . Dah lama tak bergurau kan ? :p sekali sekala . 

Haritu , dia ada belikan ole-ole untuk ain dari kelantan . Yang kelakarnyanya , dia tak tahu ole-ole tu ape . Dia kata onde-onde . Onde-onde tu makanan sayang oii . Haha . Macam mana nak jadi isteri zeloo ni ? Haih . Haha , papepun , thanks sangat-sangat . Baju yang ikka bagi tu akak tak pakai lagi . HEE . Sayang sangat dengan baju tu . Sayang ikka ketat-ketat . Nanti kalau ada masa akak belikan lah ikka ole-ole jugak eh ? Okeylah . Bye bye . Sampai sini je . Bye peah . Iloveyou so much :*


Tambun,Perak .

Hye . Harini ain nak cerita pasal kenangan ain dengan kawan-kawan ain masa lawatan dekat Tambun , Perak . Act , dah lama dah . Ain pergi masa ain darjah 6. Time tu ain dah habis duduki UPSR . Kebetulan , 3 hari sebelum ain nak pergi lawatan tu , ayah ain meninggal dunia. Ayah ain pergi meninggalkan ain dengan mama ain pada 30/10/2011. Ain pergi lawatan tu 3/11/2012. Sebenarnya ain taknak pergi , tapi nak buat macam mana . Dah bayarkan . Terpaksa pergi . Ain berat nak tinggalkan mama sorang-sorang . Hm . Ain bertolak waktu malam . Ain dengan kawan-kawan ain naik bas . Wuu . Best gila ! Ain duduk dengan Nadiah. Kiteorang dulu kawan baik . Tapi sekarang dah tak rapat sangat .

4/11/2011
 Pagi tu , kiteorang singgah dekat R&R Tapah . Kiteorang basuh muka dengan gosok gigi . Then terus tukar baju sekolah . Kiteorang tak mandi pun . Sebab cikgu kata bila sampai je dekat homestay nanti baru mandi . So , kiteorang ikut jelah . Lepastu , kiteorang breakfast kejap . Kiteorang makan nasi lemak dengan air milo . MMM DAPP *jilatjari* haha . Time breakfast tu kecoh gila ah ! Ada yang ambil gambar , ada yang makan . Ain ambil gambar lah ! tapi gambar tu dah hilang . So , takleh nak post . :'( 

Lepas breakfast , kiteorang gerak pergi tengok pokok getah yang tertua di malaysia . Wuu . Lama lah jugak pokok getah tu hidup .Sebelum balik homestay , kiteorang pergi lunch dulu ! After lunch baru kiteorang balik . Habis makan , kiteorang balik homestay ! Sebab kiteorang nak mandi ! Masing-masing dah bau busuk ! hahaha. Homestay lelaki dengan homestay perempuan jauh lah jugak ! Tapi pakcik bas tu turunkan budak perempuan dekat depan homestay lelaki . So , terpaksalah kiteorang jalan kaki ~ penat tahu ? haih . Sampai je kat homestay .. masing-masing rebut bilik . Ada tiga bilik . So , kiteorang berkongsi bilik . Ain satu bilik dengan nadiah , khairunnisa , aliessa , aisyah dengan faraain . Bilik kiteorang tak ramai sangat . Sebab sempit . Tapi bilik puteri ramai . Sebab besar . Boleh muat 12 orang cmtu . Bilik ain dengan bilik nurin sebelah-sebelah . SO , kongsi bilik air . 

Okey time ni dekat homestay lawak gila . Time tu nadiah , aliessa dengan geng-geng yang satu bilik dengan ain tengah kemas baju . Ain time tu nak mandi . Ain masuk bilik air . Then , time nak mandi tu , ain nampak 3 ekor lipas ! Waaaaaaaa ! Mana tak menjeritnya . Ain terus keluar dari bilik air . Diorang terkejut ! haha sebab time tu ain tak pakai apa-apa ! haha nasib baik semua perempuan . Yelah , tak sempat nak capai towel sebab dah takut sangat . ERRR ~ gelii ohh . Masing-masing tutup muka time ain keluar tu . Haha lepastu diorang tergelak-gelak . Ain dah malu gila time tu ...*tutupmuka* Bila lipas tu dah mati , baru ain pergi mandi . Haha . Then seterusnya diorang bergilir-gilir lah mandi . Lepas semua dah siap-siap , kiteorang pergi masjid Ubudiah . Kiteorang tak dapat masuk . Sebab time tu dah petang . hmm , so , bergambar jelah dekat depan masjid tu . 

Lepas pergi masjid ubudiah , kiteorang pergi mana tah . Haa! Kiteorang pergi tengok orang buat labu sayong .Cikgu semua shopping beli labu sayong. hahaha . Kiteorang balik malam . Malam tu, sebelum balik homestay , kiteorang pergi makan . Makan nasi goreng je :3 Haha . Nasi goreng pun jadilah . janji makan kan ? Kebetulan malam tu hujan . So , best lah jugak kiteorang makan . Hmm . Lepas makan , kiteorang balik homestay . Malam tu , masing-masing muka penat . Ada yang dah tidur . Ada yang tak . Geng ain semuanya tak tidur lagi . Haha malam tu lawak gila ahh aisyah dengan nadiah . Sakit jiwa dibuatnya . Malam tu kiteorang tidur nyenyak . 

5/11/2011
Pagi tu , kiteorang kemas kemas nak balik . Hmm sedih sangat . Kiteorang pun kemaslah baju-baju kiteorang . Sebelum keluar daripada hostel tu , cikgu suruh check ada barang yang tertinggal ke tidak . Lepas check , kiteorang pun angkutlah barang-barang kiteorang pergi dekat bas . Ponet nak ngangkat eh . haha . Lepastu , bas pun bertolak . Lawatan terakhir kiteorang adalah TAMBUN ! Yeay ! Saat-saat yang ditunggu-tunggu . Masing-masing excited . Turun je dari bas , masing masing bersorak gembira . Cikgu pergi ambil tiket . Lepastu , kiteorang masuk dekat tambun . Kiteorang letak semua barang-barang kiteorang , then kiteorang mintak izin cikgu nak pergi mandi . Cikgu benarkan . Apa lagi , kiteorang pun terus terjun dalam air . Syok ahh . Kiteorang pergi main gelongsor air . Best ah . Kali pertama ain naik masih okey , tapi kali kedua , ain lemas . YA ALLAH . Separuh nyawa ain . :'(

 Ain mandi dalam 3 jam je . Lama kan ? Yang lain masing-masing 3 jam setengah . Ain dah sejuk sebenarnya . Lepastu , ain pergi tukar baju . Ain , nurin dengan cikgu robiah pergi mandi bersihkan badan . Memang penat lah . Haha lepastu datanglah diorang . Diorang pergi main roller coster , kapal lanun and taktahulah ! Diorang je yang pergi , so , diorang je yang tahu . hahah . Sebelum balik , diorang pergi shopping dekat kedai cenderahati . Kiteorang balik dalam pukul 3 macam tu . Act , kiteorang nak pergi Gua Tempurung . Tapi dah penat sangat . So , tak pergi lah . Petang tu pergi singgah makan kejap . Lapar masing-masing . Kiteorang sampai dekat sekolah malam . Semua penat . Huh ! Tamatlah . Haha panjang kan ? HEE :D apa apa pun , ain enjoy gila! Itulah kenangan ain yang tak dapat ain nak lupakan . :')
Okeylah . Mesti korang penat kan baca ? haha sorry k . Excited sangat menulis sampai tak sedar . HEE . OkeyOkey . Ain berhenti . Bye ! Muah ! :*

Crush -> Couple -> Clash

Hye . Hmm korang sehat ? Ain kat sini alhamdulillah sehat je . Korang nak tahu tak ? Huruf C adalah permainan hidup kita . Nak tahu kenapa ? Crush -> Couple -> Clash . Hm kita pergi yang crush dulu . Korang mesti tahu crush tu ape kan ? Crush ni orang yang kita suka and kita minat dia giler-ii ah ! Kalau boleh disebabkan dialah kita  makan tak kenyang , tidur tak lena , mandi tak basah and whatever lah . Tapi , kalau ada crush ni menyakitkan hati jugak . Kita penat-ii tunggu dia , kita dah mula rasa sayang dekat dia then tiba-ii dia suka dekat orang lain . What the fish ? Erghh . Geram ! Rasa nak cekik-ii je dia :3 nasib baik anak orang kan ? Haha :p

 Okey next , couple pulak . Zaman sekarang banyak dah budak bercouple-ii . Kalau boleh darjah 3 pun dah pandai . Seluar dalam mak yang basuh ada hati nak couple-ii . hmm , couple ni boleh menyebabkan kite stress , banyak masalah . Couple ni tak elok jugak sebab boleh bawak ke arah penzinaan . Nauzubillah . So , hatilah-ii lah ye . Tak salah nak bercouple niy . Tapi seelok-eloknya jangan lah bercouple-ii ni . Belajar dulu lagi elok . :) Haha ain ni ckap je lebih macam ain tak pernah couple-ii . Hahaha sorry , just bagi nasihat . Now , ain pun nak focus pada pelajaran . Bila ain dah berjaya and ain dah kerja , baru pikirkan pasal tu . bak kata ustazah , bercinta selepas kawin lagi best or lagi seronok . Hmm . 
Huh ! Okey akhir sekali ... CLASH a.k.a putus . Perkataan ni lah yang paling menyakitkan hati . Bila sebut perkataan niy , urghh rasa nak menangis bagi ain . Tapi itu dulu . Sekarang dah tak . Macam ain cakap , ain nak focus pada pelajaran . Ramai couple-ii sekarang kalau putus cinta nak bunuh diri lah , nak terjun bangunan lah . Hello ? Setakat putus cinta baik takpayah la . Balik kampung tanam jagung lagi bagus . Orang yang nak bunuh diri or whatever ni , orang yang takde otak tahu ? Otak letak dekat kepala lutut ke ape ? Lol pikir baik-ii jangan disebabkan putus cinta buat kerja gila macamtu . Lebih baik cinta kepada Allah daripada cintakan manusia . Cinta kepada Allah itu kekal abadi :) 
Okey lah , itu je . Haha sorry lah kepada sesiapa yang terasa tuh . Tak berniat pun nak kutuk or hina bagai . Just nasihat . Ain dapat semua benda ni pun dari Kak Tikah . Okeylah . Bye :) Assalamualaikum (;

Gwiyomi Gwiyomi

hye . act, dah lama tak update blog . rindu sangat nak update blog . Inipun baru harini dapat on lappy. biasanya on pakai fhone . So .. what's up ? korang sehat ? ain kat sini sehat2 je . Hmm . Harini ain nak cerita pasal gwiyomi . haha semua orang mesti tahu kan gwiyomi tu ape ? Sekarang gwiyomi ni tengah trending dekat twitter . Artis artis pun buat gwiyomi . gwiyomi ni bermaksud cute. Hehe . Siapa yang buat gwiyomi tu dia cute ahh :'3 hehe but gwiyomi ni orang korea je sesuai buat . Tapi orang malaysia pun comel jugak kalau buat gwiyomi . Banyak ah video kat youtube orang yg buat gwiyomi . Macam macam . Yang tak menjadi pun ade. Buat laka laka pulak diorang -__-' but ain ada jugak buat gwiyomi . Tapi just gmbar jelah . Video tak buat pun sebab tak reti nak buat . KehKehKeh . 
Gwiyomi ni macam matematik . Tapi kalau matematik 1+1=2 2+2=4 3+3=6 tapi gwiyomi ni lain.. 1+1=Gwiyomi 
2+2 = gwiyomi  3+3=gwiyomi .
mcam budak kat bawah ni . :b
macam ni ahh gwiyomi . Sory tak menjadi sebab tak pandai la nak gwiyomi bagai ni . Hehe . Korang pun at least cube ahh buat . Dah buat gthu or share-II ahh . K ahh . BYEE ;)

About me .

HYE . 
Sebenarnya , ain tengah bosan niyh . Tak tahu nak buat ape . SO , ain blogging la . Korang sehat ? Hm ain nak cerita sikit la pasal diri ain . Nama penuh ain yang sebenarnya Nur'Ain  . 11 Mac niyh ain masuk 14 tahun . Ain sekolah dekat SMKKKLIA . SMKKKLIA ? dekat mana tuh ? Haha dekat nilai laa . Ain masa kecik kecik lahir dekat Hospital Kuala Pilah . Tapi dibesarkan di Kuala Lumpur . Itu pon 4 tahun je kat sana . Lepastu pindah dekat nilai . Sampai la sekarang . Nama ayah ain Razali bin Abdul Rashid . Ayah ain keturunan cina tauu . Haha mata sepett . Sama macam ain jugak mata sepet :p Moyang ain dulu orang SHANGHAI . SHANGHAI ? Whoaa :o . *jakunkejap* Ayah ain seorang yang penyayang , baik hati dan peramah . Dan tak lupa jugak , ayah ain handsome . Handsome lagi drpd Aaron Aziz tuh . Tapi , ayah ain dah meninggal . Dia meninggal  dua tahun lepas. Tarikh dia meninggal 30.10.11 .Sedihnyaaa =( *lapairmata* Nama mama ain pulak Fatimah binti Muhammad. Dia keturunan melayu asli . Tapi ada keturunan bangsa inggeris jugak . Mama niy seorang yang penyayang jugak , baik hati . Dan hati hati , mama ain niy garang . Macam harimau . Nak tahu ? Mama tiap tiap hari bagi ceramah dekat ain . Hee =D kadang kadang ain amik iktibar , kadang kadang , masuk telinga kanan , keluar telinga kiri . :P yelah , mama buat mcmtu pun untuk kebaikan ain jugak . Kan mama ? Btw , ILOVEYOU MAMA! ILOVEYOU AYAH !

Ain niyh suka kacau orang , menyakat , cari pasal . Alah , tu pun semua hobi ain . Hobi ? Wuekkk :p hhaha .  Ain seorang budak yang sangat degil . Keras kepala . Memang taknak dengar cakap . Ain cepat simpati or kesian dekat orang . Tak tahu la kenapa . Maybe dh terbiasa kot . Cita cita ain nak jadi doktor / guru / pramugari . Pramugari ? ekh gediknya nak jadi pramugarii . eleh , biarlaa . JELES LA TU :P . Hahaha . Makanan kegemaran ain coklat , kfc , mcdonald , nasi lemak . Minuman kegemaran ain pulak milo ais , teo ais and air ais kosong . Ain niyh friendly . Tapi tak la friendly sangat . Lepastu kann , ain niyh kuat jeles tauu . Jeles ? So what ? Who cares ? Haih , ain cuma nak bgythu je . Ish . Ain ada 9 kawan baik tau . Aisyah , Iman , Aida , Syikin , Chipah , Elly , Eiyfa , Ayang , Izzah. Diorang semua sporting tau . =D hah ? Nak ngorat ? Ngorat la . Tak kesah pun . Ain dah ada yang punyaaa . Hahaha . :p . Ain jenis yang happy , kadang kadang sedih , kadang kadang gila gila . Gila gila ? Masuk tanjung rambutan la woi ! Haha bukan gila macam orang gila tuh ! Gila tu macam suka gelak kuat kuat , buat lawak yang tak seberapa nak bodoh . Hah macam macam la . But , ain happy dengan semua tu . Lagi satu yang paling penting , ain jenis yang suka tak siapkan kerja sekolah . Almaklum la , budak pemalas . Hahaha . Malas ? Apa yang rajin ? Makan , tidur , online , pergi sekolah , main main dalam kelas . Tu jelah . hahaha okey la . Byeeee :* 

Eezaq Farrouq :*

Hye . Harini ain nak cerita pasal kawan ain . Nama dia Eezaq Farrouq . Haha dia niy kawan yang paling nakal . Hoho . Dia pun act ex ain . EX ? omaigod omaigod . Tapi dulu jelah . Haha . Dia niy nak kata handsome , boleh la . Nak kata keding memang keding . Nak kata comel pun comel la jugak . Tak boleh puji lebih lebih . Nanti dia kembang :b Hoho . Farrouq niy jenis kuat merajuk . Cakap benda tak betul sikit merajuk . Mengalahkan budak budak . Haha :b . Dia niy pun suka nyanyi . Kadang kadang suara dia sedap . Kadang kadang tak . Haha bagi ain , boleh la . Huahuahua . Farrouq ni pun digelar ABANG BAHANG ^^ 
abang bahang ? Haha ramai peminat katanya . Ramai tu takdelah ramai sangat . Tapi ada tu memang ada . Tapikan , kadang kadang melt jugak tengok dia . Dia punya senyuman membuatkan ain tertawan . Comel je . Tapi ain lagi comel dari dia . Wakaka . Farrouq kadang kadang suka cari pasal dengan ain . Ain rasa nak cekik je dia . Nasib baik dia  anak orang :3 Ha lagi satu , dia single . Sape nak mengorat add fb dia Eezaq Rossi . Korang boleh chatting chatting dengan dia . Tapi sakit hati sikit kalau chatting dengan dia . Haha takdelah . Gurau je . Okey la . Bye . 
Hansem kan ? Tapi tak sehandsome boyfriend saya ^^ :P 
Muah setepekk :* 
Sory curi gambar kau farrouq . ;)

Tambun

Harini ain and family nak pergi Tambun . Tak sabarnya . Sebenarnya nak pergi masa bulan 12 arituh . Tapi tak jadi . Act , ain dah pergi dulu Tambun tu dengan kawan kawan ain . Tapi kali niy ain pergi dengan family ain . Wow . Pergi untuk kali kedua . Lagi pun banyak lagi tempat kat tambun tu ain tak pegi . Sebab ain niy jenis takut air . Hehe . Tu pun masa turun drpd gelongsor ain lemas . Haih nasib baik la ada penyelamat . Abang mana tah selamatkan ain . Tu pun ain dh fobia nak naik gelongsor kat situ . Nasib baik ain tak mati kat situ . Kalau tak , tak thu apa nak cakap . Ain tak tahu kenapa ain takut air . Bila ain tengok air tu , ain rasa dia macam nak bunuh ain . Mama dulu suka bawak ain mandi laut . Tapi ain bukan mandi . Duduk tepi and main pasir je . Teruk kan ? Haha . Act , ain teringat time ain dekat PD . Ain penah lemas dekat situ time mandi . Punya ain meraung raung macam orang gila . Mana tak nya . Dah lemas . Takkan suka pulak -.-' haha . Tapi insyaallah la kali niy tak berulang lagi kejadian macam tu . 
Dekat situ pun ada mcm Zoo . Tak tahu la zoo ke ape . Haha tapi dalam tu ada harimau , gajah , ular , and macam macam haiwan lagi la . Best la jugak . Lepastu ada kolam air panas . Ain tak tahan dengan suhu air panas tu . Tah macam mana diorang boleh tahan dalam air panas tu . Ish ish . Kulit tebal sangat kot macam beruang . hahaha . Btw , enjoy your holiday! Jangan asyik duduk rumah je buat kerja sekolah yang berlambak tu . Sekali sekala pergi la ambil angin untuk menghilangkan stress :)

ENJOY , ENJOY AND ENJOY !