Hye . Harini ain nak cerita pasal kenangan ain dengan kawan-kawan ain masa lawatan dekat Tambun , Perak . Act , dah lama dah . Ain pergi masa ain darjah 6. Time tu ain dah habis duduki UPSR . Kebetulan , 3 hari sebelum ain nak pergi lawatan tu , ayah ain meninggal dunia. Ayah ain pergi meninggalkan ain dengan mama ain pada 30/10/2011. Ain pergi lawatan tu 3/11/2012. Sebenarnya ain taknak pergi , tapi nak buat macam mana . Dah bayarkan . Terpaksa pergi . Ain berat nak tinggalkan mama sorang-sorang . Hm . Ain bertolak waktu malam . Ain dengan kawan-kawan ain naik bas . Wuu . Best gila ! Ain duduk dengan Nadiah. Kiteorang dulu kawan baik . Tapi sekarang dah tak rapat sangat .
4/11/2011
Pagi tu , kiteorang singgah dekat R&R Tapah . Kiteorang basuh muka dengan gosok gigi . Then terus tukar baju sekolah . Kiteorang tak mandi pun . Sebab cikgu kata bila sampai je dekat homestay nanti baru mandi . So , kiteorang ikut jelah . Lepastu , kiteorang breakfast kejap . Kiteorang makan nasi lemak dengan air milo . MMM DAPP *jilatjari* haha . Time breakfast tu kecoh gila ah ! Ada yang ambil gambar , ada yang makan . Ain ambil gambar lah ! tapi gambar tu dah hilang . So , takleh nak post . :'(
Lepas breakfast , kiteorang gerak pergi tengok pokok getah yang tertua di malaysia . Wuu . Lama lah jugak pokok getah tu hidup .Sebelum balik homestay , kiteorang pergi lunch dulu ! After lunch baru kiteorang balik . Habis makan , kiteorang balik homestay ! Sebab kiteorang nak mandi ! Masing-masing dah bau busuk ! hahaha. Homestay lelaki dengan homestay perempuan jauh lah jugak ! Tapi pakcik bas tu turunkan budak perempuan dekat depan homestay lelaki . So , terpaksalah kiteorang jalan kaki ~ penat tahu ? haih . Sampai je kat homestay .. masing-masing rebut bilik . Ada tiga bilik . So , kiteorang berkongsi bilik . Ain satu bilik dengan nadiah , khairunnisa , aliessa , aisyah dengan faraain . Bilik kiteorang tak ramai sangat . Sebab sempit . Tapi bilik puteri ramai . Sebab besar . Boleh muat 12 orang cmtu . Bilik ain dengan bilik nurin sebelah-sebelah . SO , kongsi bilik air .
Okey time ni dekat homestay lawak gila . Time tu nadiah , aliessa dengan geng-geng yang satu bilik dengan ain tengah kemas baju . Ain time tu nak mandi . Ain masuk bilik air . Then , time nak mandi tu , ain nampak 3 ekor lipas ! Waaaaaaaa ! Mana tak menjeritnya . Ain terus keluar dari bilik air . Diorang terkejut ! haha sebab time tu ain tak pakai apa-apa ! haha nasib baik semua perempuan . Yelah , tak sempat nak capai towel sebab dah takut sangat . ERRR ~ gelii ohh . Masing-masing tutup muka time ain keluar tu . Haha lepastu diorang tergelak-gelak . Ain dah malu gila time tu ...*tutupmuka* Bila lipas tu dah mati , baru ain pergi mandi . Haha . Then seterusnya diorang bergilir-gilir lah mandi . Lepas semua dah siap-siap , kiteorang pergi masjid Ubudiah . Kiteorang tak dapat masuk . Sebab time tu dah petang . hmm , so , bergambar jelah dekat depan masjid tu .
Lepas pergi masjid ubudiah , kiteorang pergi mana tah . Haa! Kiteorang pergi tengok orang buat labu sayong .Cikgu semua shopping beli labu sayong. hahaha . Kiteorang balik malam . Malam tu, sebelum balik homestay , kiteorang pergi makan . Makan nasi goreng je :3 Haha . Nasi goreng pun jadilah . janji makan kan ? Kebetulan malam tu hujan . So , best lah jugak kiteorang makan . Hmm . Lepas makan , kiteorang balik homestay . Malam tu , masing-masing muka penat . Ada yang dah tidur . Ada yang tak . Geng ain semuanya tak tidur lagi . Haha malam tu lawak gila ahh aisyah dengan nadiah . Sakit jiwa dibuatnya . Malam tu kiteorang tidur nyenyak .
5/11/2011
Pagi tu , kiteorang kemas kemas nak balik . Hmm sedih sangat . Kiteorang pun kemaslah baju-baju kiteorang . Sebelum keluar daripada hostel tu , cikgu suruh check ada barang yang tertinggal ke tidak . Lepas check , kiteorang pun angkutlah barang-barang kiteorang pergi dekat bas . Ponet nak ngangkat eh . haha . Lepastu , bas pun bertolak . Lawatan terakhir kiteorang adalah TAMBUN ! Yeay ! Saat-saat yang ditunggu-tunggu . Masing-masing excited . Turun je dari bas , masing masing bersorak gembira . Cikgu pergi ambil tiket . Lepastu , kiteorang masuk dekat tambun . Kiteorang letak semua barang-barang kiteorang , then kiteorang mintak izin cikgu nak pergi mandi . Cikgu benarkan . Apa lagi , kiteorang pun terus terjun dalam air . Syok ahh . Kiteorang pergi main gelongsor air . Best ah . Kali pertama ain naik masih okey , tapi kali kedua , ain lemas . YA ALLAH . Separuh nyawa ain . :'(
Ain mandi dalam 3 jam je . Lama kan ? Yang lain masing-masing 3 jam setengah . Ain dah sejuk sebenarnya . Lepastu , ain pergi tukar baju . Ain , nurin dengan cikgu robiah pergi mandi bersihkan badan . Memang penat lah . Haha lepastu datanglah diorang . Diorang pergi main roller coster , kapal lanun and taktahulah ! Diorang je yang pergi , so , diorang je yang tahu . hahah . Sebelum balik , diorang pergi shopping dekat kedai cenderahati . Kiteorang balik dalam pukul 3 macam tu . Act , kiteorang nak pergi Gua Tempurung . Tapi dah penat sangat . So , tak pergi lah . Petang tu pergi singgah makan kejap . Lapar masing-masing . Kiteorang sampai dekat sekolah malam . Semua penat . Huh ! Tamatlah . Haha panjang kan ? HEE :D apa apa pun , ain enjoy gila! Itulah kenangan ain yang tak dapat ain nak lupakan . :')
Okeylah . Mesti korang penat kan baca ? haha sorry k . Excited sangat menulis sampai tak sedar . HEE . OkeyOkey . Ain berhenti . Bye ! Muah ! :*
Hye . Hmm korang sehat ? Ain kat sini alhamdulillah sehat je . Korang nak tahu tak ? Huruf C adalah permainan hidup kita . Nak tahu kenapa ? Crush -> Couple -> Clash . Hm kita pergi yang crush dulu . Korang mesti tahu crush tu ape kan ? Crush ni orang yang kita suka and kita minat dia giler-ii ah ! Kalau boleh disebabkan dialah kita makan tak kenyang , tidur tak lena , mandi tak basah and whatever lah . Tapi , kalau ada crush ni menyakitkan hati jugak . Kita penat-ii tunggu dia , kita dah mula rasa sayang dekat dia then tiba-ii dia suka dekat orang lain . What the fish ? Erghh . Geram ! Rasa nak cekik-ii je dia :3 nasib baik anak orang kan ? Haha :p
Okey next , couple pulak . Zaman sekarang banyak dah budak bercouple-ii . Kalau boleh darjah 3 pun dah pandai . Seluar dalam mak yang basuh ada hati nak couple-ii . hmm , couple ni boleh menyebabkan kite stress , banyak masalah . Couple ni tak elok jugak sebab boleh bawak ke arah penzinaan . Nauzubillah . So , hatilah-ii lah ye . Tak salah nak bercouple niy . Tapi seelok-eloknya jangan lah bercouple-ii ni . Belajar dulu lagi elok . :) Haha ain ni ckap je lebih macam ain tak pernah couple-ii . Hahaha sorry , just bagi nasihat . Now , ain pun nak focus pada pelajaran . Bila ain dah berjaya and ain dah kerja , baru pikirkan pasal tu . bak kata ustazah , bercinta selepas kawin lagi best or lagi seronok . Hmm .
Huh ! Okey akhir sekali ... CLASH a.k.a putus . Perkataan ni lah yang paling menyakitkan hati . Bila sebut perkataan niy , urghh rasa nak menangis bagi ain . Tapi itu dulu . Sekarang dah tak . Macam ain cakap , ain nak focus pada pelajaran . Ramai couple-ii sekarang kalau putus cinta nak bunuh diri lah , nak terjun bangunan lah . Hello ? Setakat putus cinta baik takpayah la . Balik kampung tanam jagung lagi bagus . Orang yang nak bunuh diri or whatever ni , orang yang takde otak tahu ? Otak letak dekat kepala lutut ke ape ? Lol pikir baik-ii jangan disebabkan putus cinta buat kerja gila macamtu . Lebih baik cinta kepada Allah daripada cintakan manusia . Cinta kepada Allah itu kekal abadi :)
Okey lah , itu je . Haha sorry lah kepada sesiapa yang terasa tuh . Tak berniat pun nak kutuk or hina bagai . Just nasihat . Ain dapat semua benda ni pun dari Kak Tikah . Okeylah . Bye :) Assalamualaikum (;
hye . act, dah lama tak update blog . rindu sangat nak update blog . Inipun baru harini dapat on lappy. biasanya on pakai fhone . So .. what's up ? korang sehat ? ain kat sini sehat2 je . Hmm . Harini ain nak cerita pasal gwiyomi . haha semua orang mesti tahu kan gwiyomi tu ape ? Sekarang gwiyomi ni tengah trending dekat twitter . Artis artis pun buat gwiyomi . gwiyomi ni bermaksud cute. Hehe . Siapa yang buat gwiyomi tu dia cute ahh :'3 hehe but gwiyomi ni orang korea je sesuai buat . Tapi orang malaysia pun comel jugak kalau buat gwiyomi . Banyak ah video kat youtube orang yg buat gwiyomi . Macam macam . Yang tak menjadi pun ade. Buat laka laka pulak diorang -__-' but ain ada jugak buat gwiyomi . Tapi just gmbar jelah . Video tak buat pun sebab tak reti nak buat . KehKehKeh .
Gwiyomi ni macam matematik . Tapi kalau matematik 1+1=2 2+2=4 3+3=6 tapi gwiyomi ni lain.. 1+1=Gwiyomi
2+2 = gwiyomi 3+3=gwiyomi .
mcam budak kat bawah ni . :b
macam ni ahh gwiyomi . Sory tak menjadi sebab tak pandai la nak gwiyomi bagai ni . Hehe . Korang pun at least cube ahh buat . Dah buat gthu or share-II ahh . K ahh . BYEE ;)
HYE .
Sebenarnya , ain tengah bosan niyh . Tak tahu nak buat ape . SO , ain blogging la . Korang sehat ? Hm ain nak cerita sikit la pasal diri ain . Nama penuh ain yang sebenarnya Nur'Ain . 11 Mac niyh ain masuk 14 tahun . Ain sekolah dekat SMKKKLIA . SMKKKLIA ? dekat mana tuh ? Haha dekat nilai laa . Ain masa kecik kecik lahir dekat Hospital Kuala Pilah . Tapi dibesarkan di Kuala Lumpur . Itu pon 4 tahun je kat sana . Lepastu pindah dekat nilai . Sampai la sekarang . Nama ayah ain Razali bin Abdul Rashid . Ayah ain keturunan cina tauu . Haha mata sepett . Sama macam ain jugak mata sepet :p Moyang ain dulu orang SHANGHAI . SHANGHAI ? Whoaa :o . *jakunkejap* Ayah ain seorang yang penyayang , baik hati dan peramah . Dan tak lupa jugak , ayah ain handsome . Handsome lagi drpd Aaron Aziz tuh . Tapi , ayah ain dah meninggal . Dia meninggal dua tahun lepas. Tarikh dia meninggal 30.10.11 .Sedihnyaaa =( *lapairmata* Nama mama ain pulak Fatimah binti Muhammad. Dia keturunan melayu asli . Tapi ada keturunan bangsa inggeris jugak . Mama niy seorang yang penyayang jugak , baik hati . Dan hati hati , mama ain niy garang . Macam harimau . Nak tahu ? Mama tiap tiap hari bagi ceramah dekat ain . Hee =D kadang kadang ain amik iktibar , kadang kadang , masuk telinga kanan , keluar telinga kiri . :P yelah , mama buat mcmtu pun untuk kebaikan ain jugak . Kan mama ? Btw , ILOVEYOU MAMA! ILOVEYOU AYAH !
Ain niyh suka kacau orang , menyakat , cari pasal . Alah , tu pun semua hobi ain . Hobi ? Wuekkk :p hhaha . Ain seorang budak yang sangat degil . Keras kepala . Memang taknak dengar cakap . Ain cepat simpati or kesian dekat orang . Tak tahu la kenapa . Maybe dh terbiasa kot . Cita cita ain nak jadi doktor / guru / pramugari . Pramugari ? ekh gediknya nak jadi pramugarii . eleh , biarlaa . JELES LA TU :P . Hahaha . Makanan kegemaran ain coklat , kfc , mcdonald , nasi lemak . Minuman kegemaran ain pulak milo ais , teo ais and air ais kosong . Ain niyh friendly . Tapi tak la friendly sangat . Lepastu kann , ain niyh kuat jeles tauu . Jeles ? So what ? Who cares ? Haih , ain cuma nak bgythu je . Ish . Ain ada 9 kawan baik tau . Aisyah , Iman , Aida , Syikin , Chipah , Elly , Eiyfa , Ayang , Izzah. Diorang semua sporting tau . =D hah ? Nak ngorat ? Ngorat la . Tak kesah pun . Ain dah ada yang punyaaa . Hahaha . :p . Ain jenis yang happy , kadang kadang sedih , kadang kadang gila gila . Gila gila ? Masuk tanjung rambutan la woi ! Haha bukan gila macam orang gila tuh ! Gila tu macam suka gelak kuat kuat , buat lawak yang tak seberapa nak bodoh . Hah macam macam la . But , ain happy dengan semua tu . Lagi satu yang paling penting , ain jenis yang suka tak siapkan kerja sekolah . Almaklum la , budak pemalas . Hahaha . Malas ? Apa yang rajin ? Makan , tidur , online , pergi sekolah , main main dalam kelas . Tu jelah . hahaha okey la . Byeeee :*